Wednesday, September 30, 2009

KONFLIK ANTARA ANAK DAN IBU BAPA



Oleh: Rahimah Abdul Latiff

Selepas kembali dari tandas, cikgu Fida mendapati tangan Mira berbalut dengan tuala dan kedengaran pelajar-pelajar lain berbisik antara satu sama lain. Cikgu Fida mensyaki sesuatu lantas memanggil Mira dan terperasan ada darah pada tuala yang membalut tangan Mira lantas terus bertanya,

“ Kenapa dengan tangan kamu tu?”

Wajah Mira yang pucat lesi itu tidak menjawab tetapi hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat tiada apa-apa yang telah berlaku. Sebagai seorang guru disiplin, cikgu Fida tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut lantas bersuara lagi dengan lebih tegas.

“ Mira, jumpa saya selepas kelas nanti.”

Kringg......, bunyi loceng menandakan telah berakhirnya kelas Fizik bagi pelajar 4 Beta. Setelah semua pelajar beredar, cikgu Fida mengajak Mira duduk bersebelahannya di meja makmal.

”Mira, cuba kamu ceritakan dengan cikgu apa sebenarnya yang telah berlaku?”

Mira tunduk tidak menjawab. Cuma air matanya sahaja yang bercucuran sehingga basah tudung putih yang dipakainya.

Cikgu Fida cuba memujuk.

“Kalau Mira tak cerita dengan cikgu, macamana cikgu nak tolong Mira?

Dalam keadaan tersedu sedan itu Mira menjawab,

”Pagi tadi saya kelar tangan saya cikgu.” Cikgu Fida melayan dengan penuh perhatian.

”Cikgu rasa Mira tak akan buat sesuatu tanpa sebab kan?”

Mira bersuara lagi. Kali ini kedengaran suaranya lebih tenang.

“Malam tadi saya bertengkar dengan mak sebab saya tak buat kerja yang mak suruh. Habis semua barang-barang peribadi saya mak pecahkan dan humban dalam tong sampah. Saya rasa tertekan dan ambil keputusan untuk potong urat nadi saya. Buat apa saya hidup kalau tiada yang sayang pada saya.”

Cikgu Fida agak terkejut setelah mendengar penjelasan Mira. Sambil beristigfar cikgu Fida memeluk erat Mira dengan perasaan penuh keibuannya. Tangisan Mira makin menjadi-jadi. Mungkin kerana terasa kini ada orang yang mengerti akan perasaannya. Memang benar kata Mira, ada banyak kesan calar pada pergelangan tangannya dan luka yang terbaru kelihatan agak dalam dan mungkin itu yang mengakibatkan banyak darah mengalir keluar. Benar kata pepatah, berat mata cikgu Fida memandang dan cuba mendalami masalah Mira, berat lagi bahu anak gadis remaja itu menanggung masalahnya yang tiada penghujung.

Kisah yang dipaparkan sering kita dengar dan mungkin ianya pernah berlaku di dalam rumah kita sendiri. Remaja sering mengalami konflik dengan ibu bapa kerana merasa diri mereka tidak dilayan dengan adil, kesunyian dan sering tidak difahami perasaannya. Ibu bapa sering dianggap sebagai tidak sporting, tidak memahami, suka menghukum, menghalang keseronokan anak-anak atau seribu satu macam lagi tuduhan oleh anak-anak akibat pertembungan yang berlaku antara generasi ibu bapa dan generasi anak-anak. Akibatnya anak-anak akan menganggap dendaan sebagai akibat dari suatu kebencian, bukan pengajaran sedangkan ibu bapa menganggap dendaan tanda kasih sayang dan keprihatinan mereka kepada anak-anak. Apakah ini antara punca mengapa sesebuah keluarga itu tidak bahagia, sentiasa berdepan dengan konflik yang tiada kesudahan dan dendam seumur hidup ?

Kadang-kadang ibu bapa menganggap anak-anak mesti dihukum dan dimarahi supaya mereka akan berperangai baik dan seterusnya akan mencapai kejayaan.


Persoalannya, adakah ia benar? Sebagai seorang dewasa sukakah kita dimarahi tanpa sebab atau dimarahi disebabkan oleh satu kesilapan kecil? Kalau kita tak suka, apakah yang boleh membuatkan kita begitu yakin bahawa anak-anak kita boleh menerimanya? Adakah perlakuan sedemikian disebabkan ego kita bahawa kita adalah ibu atau bapa dan mereka hanyalah seorang anak ?

Apapun yang kita perlakukan terhadap anak-anak pastinya mempunyai kesan tersendiri pada anak-anak sama ada positif ataupun negatif. Anak yang sering dimarahi dan dipukul berlebihan akan menyimpan bibit-bibit dendam dalam diri yang akhirnya akan menjadi luka yang sukar untuk disembuhkan. Lantaran menyimpan dendam yang membara, hari demi hari mungkin boleh menyebabkan diri sentiasa dirundung masalah dan boleh mengakibatkan tekanan.

Apakah kita sebagai ibu bapa telah memahami dengan sebenar-benarnya hak dan tanggung jawab kita terhadap anak-anak? Apakah kita boleh memperlakukan anak-anak sesuka hati atau menjadikan mereka tempat untuk melepaskan geram? Anak-anak adalah individu-individu yang dilahirkan bersama perasaan, maruah dan harga diri. Mereka ingin dihargai, disayangi, dibelai oleh ibu bapa yang menjadi penyebab mereka lahir ke dunia.

Sama ada sedar atau tidak, dalam bab menghukum dan memarahi anak, ibu bapa sering bertindak di luar batasan tanpa menyedari bahawa menzalimi anak-anak hukumnya berdosa dan boleh dianggap mendera. Terdapat juga ibu bapa yang tidak boleh menerima sebarang alasan yang diberi oleh anak-anak dan tidak bersikap pemaaf. Apabila terlalu menghukum, emosi ibu bapa dan anak-anak terutamanya akan tercalar dan sukar untuk disembuhkan.

Islam yang syumul telah meletakkan garis panduan dalam memberi hukuman kepada anak-anak untuk memperbetulkan mereka. Dalam bab sembahyang contohnya, anak-anak yang telah memasuki usia 10 tahun hendaklah diingatkan untuk menunaikan sembahyang. Jika anak itu gagal melaksanakannya, dia boleh dirotan dengan syarat telah diberi penjelasan mengenai kesalahannya. Ketika hukuman rotan dijalankan, tidak boleh berlakunya kecederaan terutamanya pada bahagian yang sensitif. Jika anak-anak tidak faham mengapa mereka dirotan atau dihukum, perkara yang sedemikian boleh mendatangkan masalah di kemudian hari dari segi pembentukan sikap anak-anak terhadap orang lain. Ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dan tidak menggunakan alasan untuk mendisiplinkan anak sebagai ruang untuk mereka melepaskan geram tanpa mengambil kira harga diri dan perasaan anak-anak.

Kerap kali juga berlaku ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan ketika marah dan menyebabkan hukuman yang diberikan bersifat keterlaluan dan boleh mengundang kecederaan fizikal atau emosi kepada anak-anak tanpa disedari. Jika terlalu marah, ibu bapa disarankan meredakan dulu kemarahan tersebut supaya tidak beremosi ketika menghukum anak.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi:

”Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepadaKu.”

Disarankan juga jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, jika sedang duduk maka hendaklah berbaring.

Dalam hal menguruskan keluarga dan melayani kerenah anak-anak, para ibu bapa harus pandai menguruskan emosi masing-masing. Salah satu nikmat yang diberikan Allah yang sering kita lupakan ialah kemahiran untuk mendengar.

Allah mengurniakan kedua-dua telinga dikiri dan kanan sebagai alat pengimbang untuk kita menilai buruk baiknya sesuatu perkara sebelum mengambil tindakan. Oleh kerana seorang pemimpin yang baik adalah juga seorang pendengar yang baik, maka ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik sebelum anak-anak diminta berbuat demikian. Manusia tidak kira siapapun dia, memerlukan perhatian dan mendengar dengan aktif dapat menyumbang kepada emosi yang stabil dan akhirnya kemahiran mendengar akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan berkeluarga.


Kebiasaan bagi ibu bapa akan menghamburkan kata-kata kesat berbaur prasangka buruk ketika marahkan anak-anak tanpa fikirkan akibatnya terlebih dahulu. Tidak kurang juga yang menggunakan sepak terajang ataupun perbuatan-perbuatan lain yang berbentuk keganasan umpamanya memecahkan barang-barang yang ada dalam rumah untuk melepaskan kemarahan. Alangkah baiknya kalau ibu bapa dapat berfikir sejenak dan mengambil langkah memujuk terlebih dahulu untuk menyelesaikan konflik dengan anak-anak. Gunakanlah kepakaran memujuk seperti pernyataan dan perlakuan emosi, lenggok bahasa yang sesuai dan kaedah-kaedah lain yang mungkin lebih berkesan untuk mengurangkan ketegangan antara ibu bapa dan anak. Kebolehan ibu bapa memujuk dan mengajak anak berbual dapat meleraikan kekusutan kerana masing-masing dapat meluahkan isi hati tanpa paksaan. Melalui kaedah diplomasi dan juga komunikasi berkesan sebegini memungkinkan kasih sayang terjalin kembali.

Sering juga terjadi apabila pergeseran berlaku di antara ibu dan anak perempuan, maka si ayah akan menjadi orang ketiga yang mungkin boleh menjadi pemudahcara dalam konflik tersebut atau mungkin juga boleh berlaku sebaliknya. Dalam hal ini, si ayah perlu memainkan peranannya dengan bijak untuk memperbaiki suasana dalam keluarga.

Keadaan akan bertambah rumit apabila ibu, bapa dan anak mempunyai personaliti berbeza-beza dan pasangan itu sendiri mempunyai konflik yang sukar dileraikan. Akibatnya masalah yang mulanya kecil akan menjadi lebih besar akibat pertembungan konflik antara anak dengan ibu dan antara suami dengan isteri.Si ibu dan si ayah masing-masing akan cuba mendapatkan perhatian daripada si anak tanpa mengkaji adakah tindakan atau perlakuan anak tadi betul atau salah.


Bagi menghadapi konflik keluarga terutamanya antara ibu bapa dan anak, punca kepada konflik berkenaan harus dikaji dan diteliti supaya strategi yang diguna pakai dapat mengurangkan konflik tersebut. Memilih strategi yang bersesuaian dengan mengambil kira siapa, apa, di mana dan kenapa dapat merapatkan jurang di antara punca konflik dan kaedah penyelesaian. Mengelak konflik bererti konflik tidak selesai dan akan muncul kembali. Bergaduh kerana konflik akan membawa kepada perbincangan dalam keadaan tegang dan tertekan yang menghalang daripada diselesaikan dan membina kesan negatif seperti marah dan membalas dendam yang memusnahkan hubungan.

Manakala bekerjasama dengan konflik akan membina kemurnian idea, emosi yang positif dan bersedia mencari penyelesaian. Emosi positif ini akan memimpin hubungan yang lebih erat di kalangan ahli terlibat. Ia juga membina keinginan untuk berkongsi masalah seterusnya mewujudkan suasana tolak ansur dalam membuat keputusan. Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik harus membuang jauh-jauh keegoan masing-masing agar yang keruh dapat dijernihkan, yang kusut dapat dileraikan kembali.

Konflik tidak seharusnya difikirkan sentiasa akan membawa malapetaka dan bencana sebaliknya konflik boleh membawa manfaat. Ibu bapa yang bijak akan dapat menangani masalah anak-anak ke arah membina insan yang insaf, berhati cekal, cemerlang dan mampu menjalani kehidupan yang bermakna dalam dunia global. Jika dilihat dari aspek positif, konflik boleh membantu kita untuk mengenali diri dan keupayaan sebenar diri sendiri serta mempertingkatkan daya tahan terhadap cabaran yang datang dari orang sekeliling. Setiap dari kita tidak kira siapa atau apapun status kita dalam keluarga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa konflik sentiasa berlaku tetapi kemahiran menguruskan konflik itu adalah jauh lebih penting .


Penulis adalah Ketua Wanita JIM Melaka.

24 comments:

siti ajar bt yaakob said...

memang terdapat konflik antara ibu bapa dan anak2 khususnya anak2 remaja yang bermasalah dan tidak mahu mendengar nasihat. Pengalaman saya sendiri, sangat mencabar kerana mempunyai anak gadis yang suka melawan apabila diberi teguran,...pernah saya hilang sabar dan memukulnya...suatu hari setelah beberapa bulan selepas tu..saya terbaca diarinya,..saya pun menangis..barulah saya tahu mengapa dia suka memberontak....dia cemburukan adik2nya yang didakwa mendapat kelebihan. Inilah konfliknya...saya menganggap dia sudah agak matang namun jiwanya masih kebudakan. Syukur kin setelah dia menjangkau umur dewasa, perangainya sudah berubah...alhmdulillah

Datul 11 july said...

salam puan. bole sy kongsi artikel pn?

puteri said...

kepala sy dah nk pecah apabila terpaksa melayan ego ibu yg 'narrow minded'.kadang kadang sy berdoa supaya dia mampus cepat....dia terlalu mengongkong sehinggakan utk kluar ngan kwan pun sy terpaksa sediakan alasan kukuh.sy sering menyalahkan ibu kerana melahirkan sy.ungkapan seperti ank celaka sudah mnjadi mknn sy setiap hari..terfikir juga..'.aq ni ank angkat ke'

Anonymous said...

Choose a month in the center of a not many days once an sellers aren't generally. Expensive is now lugging the LV monogram multicolor handbags. Those are the basic four essentials if you need your dog recover big in the industry of dog couture. Quilted leather velvet are furthermore in. http://pme.serasaexperian.com.br/rede-de-negocios/groups/buy-a-louis-vuitton-boxes-basically-no-hard-cash/

Look at my web page ... ヴィトン エピ

Anonymous said...

These are so suitable for and congenial in addition to the totally
different performances. GUCCI shoes are available for everyone in
rotten inexpensive price. And then the rose was used to mark our thank you' tarot cards. A replica Louis vuitton which is undoubtedly close to the original will not as being a cheap product. http://www.toms-home.com/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=KendallHo

Feel free to visit my blog post ルイヴィトン 財布

Anonymous said...

You can pick to have in some thing alluring. This is almost
a steady on the limb of Beyonce as well as , Jess's little aunt Ashlee. Stern seats are positioned in inside the lumbar again of ships. You will upward on the correct path completely to further residence. http://totalnetentretien.com/userinfo.php?uid=17175

Anonymous said...

Fantastic blog! Do you have any hints for aspiring writers?
I'm planning to start my own blog soon but I'm a little lost on everything.
Would you propose starting with a free platform like Wordpress or go
for a paid option? There are so many options out there
that I'm completely overwhelmed .. Any recommendations? Cheers!

my web blog ... discount nicotine liquid and cartridges

Anonymous said...

We stumbled over here by a different web page and thought I
should check things out. I like what I see so now i'm following you. Look forward to finding out about your web page again.

Also visit my website; elektronisk cigaret

Anonymous said...

This is really interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your rss feed and look forward to seeking more of your magnificent post.
Also, I've shared your website in my social networks!

my page; ecigaret

Anonymous said...

Ibu bapa sekarang lebih mementingkan material daripada dalaman. Dan mereka lebih suka membuat anggapan daripada bertanya masalah anak-anak mereka. Sampaikan anak mereka rasa jauh sangat dari ibu bapa dan sampai tahap ibu bapa mereka dianggap orang asing. Plus, perhatian dan kasih sayang diberikan kepada anak-anak diberi tidak adil. Nak ada favourite tu ikut lah, tanggungjawab jangan lupa! Jangan sampai anak lari sudah

Anonymous said...

Salam..saya seorang remaja b'usia 18thn.Ibu bapa saya sering memenangkn kakak2 saya apabila berlaku perbalahan antara saya dan kakak2.kakak2 sering membuli dan mengejek saya.biasanya mereka akan memarahi saya tanpa sebab.saya tidak dpt bersabar dgn sikap kakak2 saya dan apabila kakak2 saya bersikap buruk pada saya,saya akan melawan.saya mengadu pada ibu bapa saya,tetapi mereka menyalahkan saya dan sebaliknya.mereka kata saya patut menghormati kakak2 saya tetapi perlukah saya menghormati kakak2 saya jika mereka sering membuli saya?

Anonymous said...

Salam, alhamdulillah sy ade terbaca artikel ni, sebenarnye sy pun ade masalah dgn ibu bapa saya, mereka itu sangat mengkongkong sy sejak dari kecil lagi, supaya tidak bercampur dgn org2 luar. dan tidak pernah mahu melepaskan saya utk belajar di SBP, perkara ni menyebabkan sy membesar dan menjdi seorg yg sentiasa bersendirian, apabila mengingati kisah waktu remaja dulu, sy rase terguris hati saya, dan rse mcm nk mintak balik kalau2 ibu bapa sy dpt pulangkan masa remaja sy. dahulu, mereka pernah berjanji kepada saya waktu pmr, nak benarkan sy belajar di MRSM tahfiz sekiranye dpt straight a's, bile saya dah dpt straight a's, apa yg mereka lakukan adalah menghina saya dengan mengatakan yg sy takkan dpt straight a's kalau mereka tk hantar g tuisyen, dan, tidak membenarkan saya masuk MRSM tahfiz. malah, mereka sentiasa memberi peringatan kpd sy bahawa sy ni anak derhaka kerana tidak mahu arahan mereka, sedangkan hampir kesemua yg mereka ingin sy patuhi telah sy lakukan, kecuali ade yg tercuai ataupun tak sengaja. mereka tidak pernah melihat pengorbanan saya selama ini, dan hanya melihat keburukan dari segala perkara yg sy lakukan, demi Allah, sy bencikan mereka, selalu kalau sy cube melakukan sesuatu utk menggembirakan hati mereka, namun gagal, seperti dipeperiksaan di kolej ini, mereka mereka kata ' hey!!! engkau tak pernah kee ade perasaan nak gembirakan hati ibu bapa kamu??? engkau ni mmg anak yg tak tahu nk hargai dan dgr ckp ibu bapa kamu." demi Allah, semua apa yg mereka telah didik saya menyebabkan sy menjadi seorg yg sgt menyendiri sampai sume org kate sy sombong. sy bukan sombong, cume takut utk tidak mematuhi kedua ibu bapa saya. Alhamdulillah ade jugak org yg boleh memahami perasaan saya kt sini.

Anonymous said...

Salam.saya pun sama ada konflik dengan ibu bapa saya. Sejak dari kecil saya malu untuk berjumpa tetamu kerana takut diejek gemuk dan sbaginya perkara itu menjadi trauma kepada saya dan sampai sekarang saya malu utk jumpa teyamu yg dtg ke rumah saya tpi mak saya marahkan saya dan mganggap saya anak yg x reti hormat org tua masa kecil dulu mak slalu pukul saya kalau buat salah even perkara kecil sya slalu rase diri saya x berharga dan pernah terfikir utk lari rumah.....

Anonymous said...

Salam, saya dah lari rumah pon. Parents just dont care

Anonymous said...

Awak lari dari rumah? Kenapa ?

Anonymous said...

Semoga Allah mengampunkan dosa ibu bapa kamu dan memberi hidayah kepada mereka.

Anonymous said...

Puan sebenarnya beruntung kerana Allah memberi hidayah untuk membaca diari anak puan. Puan juga beruntung kerana anak puan melepaskan perasaan melalui tulisan. Anak muda zaman sekarang jikalau ada masalah, selalu sahaja berkongsi di laman sesawang. Akibatnya, mereka berjumpa dengan kawan-kawan yg nakal dan mula bertindak di luar kawalan.
Alhamdulillah, anak puan dilembutkan hati oleh Allah.

Unknown said...

Hi semua. Harini 19/9/19 SABTU ; Saya ingin berkongsi sedikit kisah saya, saya adalah anak tunggal, berumo 18 tahun skrg dan mempunyai seorang adik angkat (anak angkat) perempuan berumo 13 tahun . Terlalu banyak perkara yg difikirkan sehingga terlintas saya rasa nak lari dari rumah. Nak ikutkan hati sedih Allah shj yg tahu.. Sy mintak izin ibu sy dgn baik utk keluar, tp pda masa yg sama, sy juga tlah menipu dia. Oleh kerana trlalu takut utk jujur, keluarga sy tidak sporting, trlalu risau, dan kongkong. Kemana sy mahu pergi , bru beberapa minit dlm 15 minit mereka dh telefon. Ada kat mana ? Bila nak balik? Nak kena mama cari nak rotan ke ? Ya allah seolah aku buat salah besar, sebagai remaja aku juga nak kan ruang bersama dgn rakan ii . Kadang sampai trpaksa mnipu mereka dgn pelbagai alasan supaya dpt ruang utk spendtime dgn rakan rakan.

Unknown said...

Sambungan ...

Padahal aku tak nak pun menipu mereka 💔😔 tp makin hari makin sedih makin trasa bila layan perasaan . Aku dh kehilangan ayah (meninggal - kanser hati tahap4) bru thun ni ayahku sudah pergi😞. Bila ayah tkde makin huru hara hidup aku 😌💔 bila ibuku sendiri mempunyai seorang kawan lelaki beragama india 💔 tp sudah masuk islam. Hatiku terbuka utk menerima dia sbgai ayah tiriku. Tetapi bila harini dia telah menampar adikku sendiri.

Unknown said...

Adikku trauma shingga menjerit kepala aku sakit! Mama memujuk kami dgn keluar makan, namun aku turuti kecuali adikku yg trus menerus masih trauma. Perasaanku amat sakit, wlaupun dia cuma adik angkat namun aku menyayanginya 😞. Dia ditampar kerana pergi berjalan brsama kawannya, tetapi lelaki itu berfikir negatif

Unknown said...

Sambungan..

Aku keluar dgn kawan lelaki . Kawan satu kolej, kami cuma beza satu tahun dan dia seorang lelaki yg baik. Tapi ibu pandang serong kerana lelaki yg mnjadi kwan rapatnya itu mghasut yg bukan ii, sdgkan dia bukan siapa ii aku. Memang taklah aku nak terima dia sbgai ayah, ayah aku pun tk tampar adik aku kuat mcmtu. Ya allah sebak sgt, sbb aku respect dia hormat dia , tapi harini aku dh tawar hati, dsbbkan dia ibuku brfikiran negatif trhadap aku dgn adikku. Adik ku tk brsalah yg salah aku, kalau nak tampar sekalipun jgn dkt budak ii 💔 makin lama makin benci dgn dia . Sampai mati aku tkkn trima dia sbgai ayah! Nak kongkong brtempat, aku sbgai seorg anak nasib masih mmpunyai tahap kesabaran, kalau tk aku lari rumah dah. Ayah dh tkde, tmpat mngadu pun tkde. Aku rsa sepi sgt, makin jauh rasanya dgn ibu bila dia brkwan rapat dgn lelaki tu. Ya allah kuatkan aku dan adikku.

yanmaneee said...

ralph lauren uk
air yeezy
off white
yeezy boost 350
vans outlet
fila shoes
balenciaga sneakers
mbt shoes
christian louboutin outlet
ultra boost

mctasa said...

replica bags online shopping replica bags for sale replica bags in gaffar market

Anonymous said...

شركة صيانة افران بالجبيل
شركة صيانة افران بالدمام