Tip pikat jiwa galak muslimat bertudung
Oleh Endok Sempo Tahir
Sejak akhir akhir ini isu tudung menjadi hangat semula. Bertudung adalah satu kewajipan yang jelas diperintahkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ia adalah satu daripada kewajipan wanita Islam.
Antara tips yang boleh menarik hati yang ikhlas dan sejahtera:
# Lindungi daripada dikasari
Ini agak rumit tetapi perlu dilakukan. Ada beberapa organisasi Islam yang ingin melaksanakan Islam menggunakan kaedah yang disebutkan sebagai pendekatan ‘baseball bat’: dengan menggunakan kekerasan atau main kasar.
Ini amat bertentangan dengan kaedah Islam yang anjal. Apabila kita melihat wanita Islam yang tidak memakai tudung dikasari atau diberi layanan negatif kita perlu menolongnya dan berbuat baik kepadanya.
# Beritahu kepada rakan yang lain jangan prasangka atau menghukum
Aktivis Muslim perlu diberitahu supaya tidak menggunakan pendekatan “baseball bat” dan terlalu mudah menghukum wanita yang tidak bertudung. Beritahu mereka dengan bukti dari Quran dan Sunnah bahawa Islam mengajak manusia menggunakan kebijaksanaan.
Jika cara ini tidak berkesan, dapatkan ilmuwan atau mereka yang boleh dipercayai boleh memberikan nasihat, kaunseling, teman berbincang yang mendengar, boleh dipercayai dalam menyelesaikan masalah.
# Tekankan keimanan terlebih dulu
Islam diutuskan kepada Nabi (SAW) secara berperingkat dan Muslim pada hari ini juga harus melaksanakannya secara berperingkat. Sebelum seseorang memperkatakan mengenai tudung kepada seorang wanita, aspek yang paling penting yang perlu ditekankan ialah aspek asas Islam dan asas keimanan. Asas Islam perlu diperhatikan dulu seperti kepentingan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa di dan sebagainya.
# Tidak menjadi apologetik
Dalam menggunakan pendekatan bersikap baik dan berlemah lembut, jangan kita bersikap apologetik atau menyembunyikan kebenaran pengajaran Islam. Sekali lagi, kebijaksanaan adalah perlu, tetapi seorang wanita tidak boleh mengatakan tidak memakai tudung adalah diterima dari perspektif Islam. Hukum bertudung sepakat oleh jumhur ulama dan tidak boleh dipertikaikan.
# Jika mereka mula mahu bertudung, sokonglah mereka
“Sokongan yang padu amat diperlukan bagi mereka yang ingin bertudung,” kata Dr Katherine Bullock. Apabila seorang wanita menerima tanggungjawab untuk bertudung, dia selalunya memerlukan pertolongan, menyiapkan persiapan mental untuk menghadapi beberapa kemungkinan: berdepan dengan ibu bapa, diskriminasi oleh majikan, ejekan rakan dan juga pengetahuan Islam yang cetek untuk menangkis sebarang soalan soalan yang diajukan.
Pengalaman menunjukkan pada peringkat awal kita sering meluangkan masa untuk meyakinkan seseorang untuk menerima ajaran Islam. Tetapi apabila individu sudah menerimanya, kita tidak membuat ‘penerusan’’, menyepikan atau menjauhkan diri, kurang komitment untuk terus membantu mereka yang berusaha untuk menjadi saudara baru. Oleh itu langkah yang paling berat adalah selepas, bukannya sebelum. sokongan, persahabatan dan yang paling penting adalah untuk mengekalkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setuju dengan tip yang diberikan. lebih toleransi dan logik. pernah saya cuba menasihati 'seorang' supaya mula memakai tudung. jawapan yang diberikan kepada saya 'hati belum terbuka untuk memakai tudung, juga dia melihat orang yg memakai tudung pun belum tentu baik di hati dan ramai wanita islam yang tak bertudung mempunyai hati yang lebih baik'.'seorang' yang dimaksudkan adalah madu saya. pernah bincang soal tu dengan suami...he said' 'don't underestimate him. so, lepas tu saya tidak pernah lagi mengungkit soal tudung to him or her..biaq pi la.apapun saya sentiasa berdoa yang terbaik.
SALAM...
boleh tak saya post mende nih kat blog saya gak....?
nak berdakwah larh jugak nih...
harap buleh yer...
Post a Comment