Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat
Oleh Dr Hafidzah Mustakim
DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”
Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”
Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat
serta boleh dihubungi melalui wanitajim0@yahoo.com
36 comments:
Di manakah kan kutemui isteri sebaik itu?????
Salam.
Merujuk kpd perkara isteri yg perlu sentiasa menarik dipandangan mata suami, kiranya isteri terlalu sibuk dgn pelbgai urusan (rumah, anak & kerja) sehingga tiada peluang utk berhias, apa yg perlu dibuat? Apakah isteri perlu dipersalahkan? Apakah tugas suami dalam urusan kerja-rumah?
Isteri saya bila dibacakan rencana ini menyambutnya dengan biasa sahaja. Sampai sekarangpun belum mahu ikut.
Kalau suami itu seorang yang tidak taat kepada Allah, melakukan maksiat seperti berzina, tidak bertanggungjawab, menipu, adakah wajib isteri melakukan 10 perkara di atas?
nasihat ni saya pernah belajar ketika di tgktn 6 di sekolah agama di kelantan...alhamdulillah saya sudah pun berumah tangga, dan sya mengamalkan sebahagian darinya. sesungguhnya nasihat seperti ni amat lah penting unuk diamalkan oleh para suami...insyaAllah, suami kiter takkan cari lain.
.com.Maksudnya tanda kiamat sudah hampir bila mana isteri engkar.suami taat perintah isteri dr ibu sendiri.hmm..kalau suami beriman isteri engkar ceraikan je. Selamat diri. Kalau suami hantu, pujuk selagi tahan, tak tahan tuntut fasakh. JGN DUA-DUA SETAN SUDAH ARR
Apakah cukup alasan menceraikan isteri yang tidak mematuhi sepuluh perkara tersebut?
10 sifat ni klu dpt laki yg taat..tp zaman skang ni suami ramai yg buruk perangai..so klu isteri taat gak, makin naik lemak ah laki x gune cmnih..tgk keadaan laki tu gak ar klu nk taat pon
suami dan isteri perlu sama-sama seiring sejalan menjaga dan memelihara rumah tangga...konsep hidup pada memberi adalah patt di praktikkan dalam kehiduppan bukannya hak yang x berkesudahan...kalau kita mmegang konsep sentiasa ingin memberi..kita akan ikhlas dan sentiasa bersyukur
suami isteri yg baik apabila melakarkan warna warna yg indah didlm sesebuah rumahtangga..
kepercayaan diantara duabelah pihak amt penting dr menyalahkan diantara satu sama. komunikasi yg baik amt penting bru tercapai ape yg diingini.badai yg melanda harus di harungi bersama.barula wujudnye suami soleh isteri solehah.wasalm
InsyaAllah~
"Kamu kosongkan hati kamu hanya untuk Allah sahaja, nescaya Allah tundukkan semua makhluk di dunia ini untuk kamu"
Sekiranya kedua2 antara mereka saling mengasihi kerana Allah Ta'ala... Tidak mustahil untuk memperoleh yang sedemikian... AMIN
Perbetulkan diri utk mdapat yg terbaik~ mudah2an...
Pengalaman pahit ku. Isteri saya menyambung kasih dengan bekas teman lelakinya yang pernah mengecewakannya 20 tahun dulu. Sedangkan saya menantang bagaikan permata kerana dialah wanita pertama yg kucintai. Isteriku amat jaga solat, zakat, puasa, baca quran, kuliah ilmu dan lemah lembut. Beliau tak pernah berbohong selama perkahwinan sehinggalah bertemu bekas teman lelakinya. Adakah ini ujian bagiku.
Aku ingin sekali menjadi isteri yang solehah, yang sentiasa patuh pd suami dan disayangi suami.. Tetapi hakikat yg harus kuterima adalah suamiku bukanlah lelaki normal, sering tidur, tidak bekerja,tidak solat dan berbagai lagi..dan aku menggantikan tempatnya utk mencari rezeki anak anak, menjadi bapa dan juga ibu kepada mereka..malah aku tidak pernah dihiraukan suami... aku hanya ketandusan kasih suami, tanggungjawab suami.... bilakah aku akan menjadi seorang isteri yg selalu mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana mendapat suami yg bertanggungjawab, penyayang...??? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan mengharungi hidup ini... masih adakah perasaan kasih dalam hidupku...???
saya sentiasa ingin jadi isteri yg terbaik buat suami... tagline "isteri cerdik dan solehah" sering sy jadikan pegangan.. tp sejak kebelakangan ni saye slalu bangkang suami.. buakn niat nk melawan, tp rase x puas hati terhadap suami yg buat sy jadi mcm tu.. sy dambakan suami yg membawa saye ke jln Allah.. tp suami seperti tidak amik kisah..dia slalu berkata..awk nk buat buat..saye, biarlah tanggung sendiri dosa... saye xmahu suami berdosa.. oh! susahnye... tp saye terlalu cintakan dia.. bile saye ajak dia ke jln Allah, dia acuh x acuh. macam mane ni?????
aik semua masalah...perkahwinan adalah chemistry antara dua insan ..suami dan isteri. bagi api dapat balas api..kalau interaksi baik maka baiklah hubungan antara kedua2nya. tanya diri masing2..betulkan diri sendiri dulu jika mahu pasangan turut membetulkan diri.
mohon share yer =)
Mohon Share ye...Syukron
minta izin share ye.tq
salam ustazah. input yang bermakana.mohon share ustazah =)
terima kasih atas perkongsian ilmu, mohon izin untuk share diblog saya.
saya setuju dengan nasihat diatas. walaupun kite sebagai isteri memg susah untuk taat, lagi2 kalau dah penat seharian, nak melawan je rase..tp bila selalu dapat peringatan begini, rase insaf...lelaki kalau dilayan dengan baik, jahat macam mana pun insyallah akan menyayangi kite seadanye dengan syarat kite sedaya menjadi solehah dan berdoa suami kite suami yg soleh..inyallah
Salam....
sukron atas info yang bermanfaatnya
mohon share yer :)
bagaimana kita nk hormat suami kalau suami kita curang?
mohon share :) terima kasih :)
Kita mahu pasangan kita taat dan menyayangi diri kita. Kita mulakan lah dulu bila kita dah dapat ilmu ini.
Allah (swt) adalah yang paling kita utamakan untuk disayangi dan ditaati.
Salam
Selalu isteri atau suami akan di uji oleh Allah swt. Bersabar lah bila berhadapan dengan ujian. Ujian lah yang akan menjadikan hidup lebih bermakna. Juga untuk membersihkan dosa-dosa kita.
sangat menarik dan memberi panduan
Assalamualaikum
Dalam satu hadis, rasullah bersabda, jika seorang perempuan taat 4 perkara, masuklah ia ke mana-mana pintu surga yang ia suka. 4 perkara tersebut ialah: 1. Taat pada allah 2. Sembahyang 5 waktu 3. Puasa 4. Taat pada suami.
4 Perkara tersebut nampak mudah, semudah 10 sifat isteri solehah, tetapi tidak semua mampu melakunya.
Mohom share
Setuju..ngan pendapat anda..saya baru lepas bercerai..isteri minta cerai selepas 4 tahun mempertahankannya..apa2 saya buat yang baik sentiasa nampak yg buruk..saya ingin dapat kan keredhaan allah..semoga ketemukan isteri yg taat suami dan hidup kekal ke akhir hayat
Setuju..ngan pendapat anda..saya baru lepas bercerai..isteri minta cerai selepas 4 tahun mempertahankannya..apa2 saya buat yang baik sentiasa nampak yg buruk..saya ingin dapat kan keredhaan allah..semoga ketemukan isteri yg taat suami dan hidup kekal ke akhir hayat
Saya ada pertanyaan..
Bagaimana jika si isteri yang berkerja dan suami di rumah, macamanakah cara terbaik untuk memenuhi 10 kewajipan isteri seperti di atas. Terutamanya bagi perkara pertama dan kedua, disebabkan isteri itu bekerja dan situasi kerjanya adalah dimana lelaki 70% dan perempuan 30%.
Berikan panduan yang sebaiknya ya supaya isteri-isteri yang bekerja untuk keluarga ini tetap dapat mencari rezeki yang halal dan berkat di sisi allah dan suaminya.
nike shoes
yeezy boost 350 v2
air max 95
goyard handbags
nmd
yeezy boost 350
timberland outlet
yeezy 700
hermes
off white shoes
Your Domain Name replica bags australia hop over to this website replica bags reddit YOURURL.com replica bags philippines greenhills
Post a Comment